top of page
  • Writer's picturependidikan inklusif

Peranan dan Kepentingan Program Pendidikan Inklusif di Malaysia

Updated: May 8, 2023

PERANAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI) DI MALAYSIA

​Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas (MBK) menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana tanpa rasa tersisih atau diabaikan.

Untuk menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkeperluan khas dengan murid aliran perdana supaya tidak wujud jurang pemisah antara mereka.

​Untuk melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas.


 

KEPENTINGAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI) DI MALAYSIA

Mendapat tempat yang sama dalam pendidikan

Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar MBK dengan pelajar biasa

Program pendidikan inklusif dapat mengelakkan diskriminasi dalam pendidikan

Murid berkeperluan khas dapat berdikari dan memperoleh peluang pekerjaan

1. Mendapat Tempat yang Sama dalam Pendidikan

  • Membolehkan MBK mendapat tempat yang sama dalam pendidikan.

  • Pelajar MBK akan dinilai terlebih dahulu bagi melihat sama ada mereka layak mengikuti kelas biasa atau tidak.

  • Pelajar MBK tidak akan merasa diri mereka dipandang rendah oleh pelajar lain.




2. Menggalakkan Perhubungan Sosial yang Positif di Antara Pelajar MBK dengan Pelajar Biasa

  • Dalam persekitaran yang seakan normal mengikut kesesuaian pendidikan serta memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.

  • Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.

  • Dinilai dari segi kelayakan untuk menyertai program kokurikulum dengan pelajar biasa mengikut tahap kemampuan mereka.

  • Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek.

  • Mampu meningkatkan keyakinan apabila mereka menginjak dewasa.



3. Program Pendidikan Inklusif dapat Mengelakkan Diskriminasi dalam Pendidikan

  • Menjadi matlamat kepada usaha murni untuk menyediakan peluang kepada MBK agar dapat berdikari dan memperoleh peluang pekerjaan.

  • Mendapat tempat pekerjaan yang sesuai dan selesa selaras dengan kemampuan yang mereka ada.

  • Dapat berdikari dengan melakukan aktiviti harian tanpa bantuan oleh ibu bapa.



4. Murid Berkeperluan Khas Dapat Berdikari dan Memperoleh Peluang Pekerjaan

  • MBK dapat mengikuti pembelajaran di sekolah bersama-sama dengan pelajar normal.

  • Guru memastikan MBK mendapat kemahiran yang tertentu sejajar dengan kurikulum iaitu membantu mereka mencapai perkembangan secara menyeluruh (Akhlak, nilai-nilai murni dan intelek, rohani, emosi dan jasmani).

  • Berhak mendapat kemudahan-kemudahan di sekolah (Kemudahan pinjaman buku teks secara percuma).



21 views0 comments

Comments


bottom of page