Program Pendidikan Inklusif & Matlamatnya
- Mesheleney Nun & Vanessa Nor
- May 4, 2023
- 1 min read
Updated: May 8, 2023




1. Pendidikan Inklusif Penuh :
Pendidikan yang melibatkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana [Peraturan-peraturan Pendidikan(Pendidikan Khas) 2013].
MBK mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuaikan dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan.
2. Pendidikan Inklusif Separa :
MBK mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru Pendidikan Khas (guru pembimbing).
MBK perlu belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti ko-akademik atau aktiviti kokurikulum tertentu sahaja mengikut keupayaan mereka.
Aktiviti-aktiviti yang dijalani oleh MBK adalah berdasarkan potensi, bakat, dan keupayaan mereka.

Comments